BAYI KENA BUANG…KESIAN???????

Cerita bayi kena buang sekarang ini sudah seperti perkara biasa kita dengar, kadang-kadang naik bosan. Namun itulah hakikatnya yang sukar untuk kita telan. Baru-baru ini seorang bayi yang baru dilahirkan dikelar-kelar perutnya hingga terburai isinya, dilselar lehernya..masha’ allah. Apa sudah jadi dengan anak bangsa kita? Mana sifat perikemanusiaan mereka. Tidak habis-habis dengan masalah sosial yang sudah bertahun-tahun dibincangkan namun, tiada perubahan yang baik, malah menjadi lebih teruk. Anak muda kita semakin lama hidup tiada hala tujuan. Hidup tiada matlamat. Hendak kata kurang pendidikan kesemua mereka habis sekolah tingkatan 5 malah sudah sampai ke peringkat menara gading sehingga ke puncak Petronas Twin Tower tapi, mana akidahnya???



Anak muda ini bila ditunjuk gambar-gambar bayi yang dibuang tanpa belas kasihan, mereka meluahkan rasa kesian, marah dan ada yang menunjukkan belas kasihan dan menangis atas kekejaman yang dilakukan. Tetapi adakah itu mencukupi? Apakah asal puncanya?. Saya katakan pada mereka. Adakah anda akan lakukan begini? Mereka dengan yakin mengatakan. TIDAK MUNGKIN!!!!. tapi adakah benar kata mereka. Sekarang mungkin mereka yakin. Namun jika mereka mengandung... pasanganya tidak mahu bertanggungjawap, memikirkan ibubapa mereka akan memarahi mereka jika tiba2 membawa bayi entah mana asalnya.. masyarakat yang Akan mencemuh mereka.. hidup mereka akan terhina dan terasing.. apakah yang akan anda lakukan? Sememangnya mereka akan mengikuti langkah yang telah ditunjukkan oleh rakan maksiatnya yang lain iaitu BUANG BAYI…

Oleh itu mencegah lebih baik daripada mengubati. Hubungan intim atau lebih mudah hubungan seks semuanya bermula dengan BERDATING. Bermula dengan berpegang tangan, kemudian merakul pinggang dan apabila sudah bosan, maka bermulalah maksiat besar yang dilaknati oleh ALLAH dan menanggung dosa besar diakhirat iaitu ZINA. Jadi beringatlah wanita yang membaca.. jika anda memberi tangan untuk dipegang oleh sang kumbang maka ingatlah tangan itu juga akan membunuh bayi yang tidak bersalah, tangan itu yang akan berlumuran darah, dan tangan itulah yang akan ditarik ke dalam NERAKA. Ingatlah bahawa hidup didunia hanya sementara dan yang abadi hanya diakhirat. Kita berharap agar hidup kita bahagia didunia dan diakhirat.